Selasa, 28 September 2010

Raya di Niva

Assalamualaikum...hari baru dapat masukkan gambar masa beraya kat Niva hari tu...kat atas ni gambar sebahagian tetamu yang tinggal...yang lain sume dah balik..
Ni kaum ibu..cuma Eilman n Azzim je yg menyelit kat situ dgn ibu masing-masing...ni pun sebab tuan rumah dah duduk kat sofa...baru la nak bergambar sama2.....ada jg pergi beraya rumah kawan2 yang lain tapi tak sempat nak bergambar bersama sbb diaorang sibuk kat dapur...maaf berbanyak...insyaallah kalau ada kesempatan nak bergambar dgn satu famili untuk kenangan bila aku dah balik malaysia....
Sessi dapat duit raya...cium tangan ada makna tu..bodek la tu...dgn harapan dapat lg satu sampul...hehehe...terima kasih nek....
Terima kasih Nek... Dak Ahmad ni seronok dapat duit raya...
Terima kasih, selamat hari raya nek.....

Isnin, 27 September 2010

Dinner

Assalamualaikum..lamanya tak berblog..rindu la pulak..dah habis puasa enam ke?kalau dah habis alhamdulillah..kalau yang belum selamat berjuang..hehehe..aku??aku dah habis dah...yang belum lg puasa totttttttttttttttt.....nak cerita hari ni bukan pasal buka puasa pulak..
Cerita ni pun dah lama minggu lepas punya cerita cuma tak sempat nak kongsi bersama...ni dinner dgn uncle Nazrul...ala kat Kebabbish je....Nak celebrete pun tak sempat sbb uncle sibuk sgt..makan kat sini je la....hai bang tak cukup duit ke tu...kena cuci pinggan la sebelum balik ni...

Menung panjang je bang...tgh pikir ni bila aku nak balik malaysia...tak sabar dah ni...visa tak mohon lg untuk sambung 6 bulan lg kat Denmark ni....klu x diluluskan kena hantor anak bini le balik mesia...

Selasa, 14 September 2010

Kuih raya

Assalamualaikum...ini la salah satu kuih raya aku tahun ni...korang tahu kan..ni kuih apa?rempeyek kacang tanah...ni pun nak ceta ke?bukan apa selama aku hidup 33 tahun ni...ini lah first time aku buat rempeyek ni...selama ni aku tolong emak buat je..itupun banyak ngelatnya...nakalnya aku kan...haaaa rindunya kat emak...
Ini pun atas permintaan anak dara ku tu yang dah lama nak makan kuih yang mcm nenek buat masa raya ....kesian pulak nak tunggu balik Malaysia lama lg...so selongkar la resepi kat kat internet..alhamdullillah la menjadi juga...masa aku tulis artikel ni dah habis pun rempeyek ni...hehehe...cuma satu lg permintaan anak bujang ku yang belum aku tunaikan...dia nak makan otak-otak...hai tak tahu la bila nak mulakan....

Ahad, 12 September 2010

Raya lagi

Assalamualaikum....hari ni En Nazri n Adilla wat umah terbuka pulak..dah kenyang makan n puas berborak kami minta diri dulu lah....biasa la aku tak pandai nak ceta kat blog ni...cuma layan gambar je...hehehe...ni la famili En Nazri...
Anak-anak tgh menjamu selera..emak dah nak balik baru sibuk nak makan...


Sabtu, 11 September 2010

Hari Raya Pertama

Assalamualaikum..raya pertama kami pergi umah En.Fauzi n Kak su...ni sempat bergambar dgn diorang satu famili sebelum balik...
Antara rakan-rakan yang hadir semalam..semua senyum simpul sbb dah kenyang makan sate n pelbagai kuih raya...hehehe...lepas ni kita nak beraya kat mana pulak?


Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri....kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada emak dan emak mertua kat perak..saudara-mara dimana jua berada serta rakan-rakan yang mengenali kami disini...dgn ucapan selamat hari raya maaf zahir dan batin...semoga kita dapat berjumpa pada Ramadhan n Syawal tahun depan...Amin...

Isnin, 6 September 2010

Cerita Apa?

Assalamualaikum...lagi beberapa hari lg kita nak sambut hari raya...kuih raya dah buat ke?belum lg sbb belum raya....hehehe...sekarang cuma ada kuih bulan puasa....nanti dah raya baru la tunjuk kuih raya..betul tak?betul3...(ikut cara ipin dan upin...)
Cuba buat Cinnamon Snail...ni sebelum di bakar..tak la susah mana buatnya..
Ni dah siap dibakar...rasa boleh tahan la..tapi masa makan tu jangan la ingat snail pulak...tak larat den nak makan...macam kita juga...kuih siput..alahai teringat la pulak kuih siput nak dekat raya ni...ada sapa2 yang wat kuih siput tahun ni kat Denmark?.....raya tahun ni kena terjah umah sapa2 yang wat kuih siput..hehehe...




Ni tahu tak gambar apa?..tentu la ayam dah kena bakar....ayam bakar pun nak letak kat sini...ya la kan dah tak tahu nak cerita apa?..letak la ayam bakar ni...

p/s nanti kita jumpa raya la ye....posa2 ni tak dak ceta la...kepada kekawan sume yang mengenali aku n famili jemput la datang umah..seperti biasa kami tak wat umah terbuka..cuma kalau ada orang datang kami buka pintu..sebelum nak dtg calling2 dulu....mana la tau tak de kat umah...hehehe..kawan2 kat Malaysia doakan tahun depan kita raya sama2 key....