Sabtu, 27 November 2010

Snow lagi dan lagi.....

Assalamualaikum....hari ni salji turun tanpa henti...sehari kena 3 kali bersihkan koridor kat depan rumah..sbb salji tebal sangat...tabur garam 2 kilo pun belum tentu dapat bersih sepenuhnya...tahun ni tak tahu la bekalan garam untuk salji cukup ke tidak...tahun ni nampaknya salji cukup tebal ...semenjak dok sini baru ni la salji tebal gini... sebelum ni..sikit je..salji turun non stop..takut nak pergi jalan jauh2 takut lambat sampai destinasi n lambat sampai rumah...ada kenangan yang tak dapat dilupakan...hehehe....
So ajak je anak2 main salji kat garden belakang umah ....geram je tengok salji yang putih bersih tu...tapi baru je 15 minit main salji dah cabut naik atas rumah tak tahan seeeeeeejuk....tinggal je anak2 main salji.....
Tengok tu tebal ke tidak salji kat umah aku...boleh berkubang tu kalau nak...hehehe..sapa berani nak berkubang dalam salji...tu yang geram je...
Adik nak cuba buat snowball...ingatkan nak buat snowman tapi snow tak leh kepal...bederai...pegang gitu-gitu je la...
Senyum dalam sejuk...la ni salji masih turun tapi tak jelas sbb kamera tak canggih...hehehe...tu la adik sepet2 matanya..salji kena kat muka...

Ahmad pun nak bergaya jugak....
Puas rasa hati dapat rosakkan padang salji yang tenang tadi....jom kita naik rumah salji dah mula lebat ni...gambar kakak tak dapat nak letak..lain kali kita gi luncur salji pulak...

Rabu, 24 November 2010

Snow lagi

Assalamualaikum..salji turun lagi...hari ni tebal sikit saljinya berbanding hari semalam
..turun je salji mula la heater rumah aku buat hal...sekejap on..sekejap off..ahhhhhh..sejuknya tuhan je yang tahu..masa ni la rasanya tak sabar nak balik kampung ku yang ku rindui..huhuhu...menggigil aku bila nak takbiratul ihram..tapi kewajipan mesti di laksanakan tak kira musim sejuk ke panas....itulah cabaran di bumi Denmark ni...apa la yang aku menbebel ni kan....
Tapi budak kecik ni sukeeee sangat nak main snow...walaupun muka dah naik merah tapi still nak main juga...posing dik jgn tak posing..menggayakan tudung baru dia tu...hehehe...
Nak cium snow ke dik?ada bau ke?
Snow belakang umah...

Jumaat, 19 November 2010

Snow dah turun...

Assalamualaikum..dan selamat pagi...pagi ni sejuk sangat rupa-rupanya salji nak turun..best sangat..bermulalah musim sejuk tahun ni..hehehe...
Sempat snap kat garden belakang umah je ...itu pun melalui tingkap..tak sanggup nak keluar pagi2 ni...salji tak tebal lagi ..ini baru permulaan salji...nanti tunggu salji tebal baru kita main salji n buat snowman..
Rumput yang kering bertukar putih diliputi salji....
takkala melihat salji turun hati merasa amat tenang.....bagai kan kapas melayang-layang...bersih lembut halus mulus..alhamdullillah...Indahnya ciptaan TUHAN...

Selasa, 16 November 2010

Aidil Adha

Assalamualaikum..Selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam dimana saja berada..kepada yang mengerjakan haji di tanah suci Mekah di doakan semoga mendapat haji yang Mabrur..Ameen...

Isnin, 8 November 2010

Jom Makan-Makan

Assalamualaikum...weekend td kami gi makan-makan rumah Lin Abdillah..wat masakan kampung..memang best + happy..yang penting kerjaaasama...kalau ada masa kita wat lg pot luck mcm ni lg..menu lain pulak...
Ni tengah menjamu selera ..tak tahu untuk kali keberapa...tengok la tu pinggan dah licin...
Tuan rumah asyik tambah nasi je...masak lagi dan lagi...dan lagi...

Mana taknya..tetamu asyik makan ...makan..makan..hujan ribut pun dah berhenti..ni tak de stop..stop waktu solat je...pas tu sambung balik..dah la tu jom la kita balik rumah hari pun dah malam...
Ni gambar masa nak balik...biasa la aku time orang sibuk2 nak pakai jaket nak balik time tu la sibuk ngajak nak berposing...hehehe..jgn marah... eh apasal la budak kecik tu ada kat situ..kesian ti dayang nampak kepala je..kacau daun la adik ni..tak leh langsung ummi berposing sikit...
Eh apasal sampai dua pulak letak gambar ni?ni pakai kamera aku yg cinonet tu.. blur sikit..gambar kat atas tu aku cilok dari tuan rumah..clear kan?..tuan rumah pakai kamera beso..ni tgh pujuk my hubby suruh belikan kamera beso..hehehehe...tu la aku, tak pernah cukup dengan apa yang ada...bersyukurlah dgn apa yang ada...


Khamis, 4 November 2010

Petua dan Amalan Untuk Isteri2...

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .

Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manfaatnya.

Sumber: http://daulatpang5.blogspot.com/

Mengecat bilik

Assalamualaikum...lamanya tak up-date blog ni..tak de sibuk sangat cuma tak diberi peluang untuk mengup-date blog je....nak cerita sikit tentang gambar kat bawah ni ha..dua beranak ni sedang kusyuk mengecat bilik tidur ...nak raya ke?raya dah lepas dah mungkin untuk raya haji kot...bukan untuk raya aidilfitri or raya haji..cuma nak kasi clear sikit almaklum la dah 3 tahun dok umah ni..kena la cat cantik2 sikit nanti kalau tuan rumah tengok tak la terkejut beruk orang tua tu....hehehe...
Ni baru bilik tidur 2..belum lagi ruang tamu,bilik tidur 1 n dapur lg...tgh dok mesyuarat ni nak cat satu rumah ke tidak?
Sebab kat sini kalau nak keluar rumah sewa kena betul2 bersih n cantik mcmmana kita mula2 masuk rumah dulu..kalau tak kena abik la duit kita...pening ni..nak cat dulu rumah takut tuan rumah tak berkenan plk...cat ke tidak?cat ke tidak?aahhhhhhhh.....