Ahad, 30 Oktober 2011

Minum air utk kesihatan

Assalamualaikum...nak share dgn semua artikel yang ummi baca kat fb my hubby...jom kita amalkan sesama..semoga kita sihat selalu untuk beribadah kepada ALLAH yang telah diamanahkan olehNYA...

Masa yang sesuai untuk minum air..

Minum 2 gelas air masak-Selepas bangun tido.Ianya dapat membantu mengaktifkan organ dalaman kita...

Minum 1 gelas air masak-30 minit sebelum makan.Ianya dapat membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan yg hendak kita makan la....jgn makan bersulam air pulak...

Minum 1 gelas air masak -Sebelum mandi.Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah...

Minum 1 gelas air masak-Sebelum tido.Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung semasa tido...


Selamat mencuba n amalkan selalu..

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bersiaran kembali....

Assalamualaikum.....rindunya kat u all yang selalu ziarah my blog..terima kasih bebanyak walaupun dah berkurun lamanya tak bersiaran disini..dari hari raya ke merdeka day terus ke hari deepavali ...sekarang insyaallah kalau dipanjangkan umur nak masuk hari raya aidiladha...masyaallah lamanya dah jah tak menulis disini...tak tahu kenapa boleh jadi cam ni..cuba fikir-fikirkan..mungkin suasana dah berbeza..dulu ngadap komputer je walaupun tak la sampai 24 jam..kat sini banyak benda nak ngadap dah..tv ada..pergi jejalan selalu(ke maidin je la pun..hehehe)kena abik anak skull..kejap je lebihnya nyembang dgn kaum ibu..itu belum masuk persatuan lg tu..kihkihkih....

Sekarang ni anak-anak dah habis exam.. lega sikit..(mengalahkan org yg abik periksa plk)kat sini budak umur 5 tahun pun dah kena exam..termasuk la adik ..anak jah yg kecik tu..boleh tahan la result dia..walaupun byk alasan bila gi skull..masih menangis waktu dihantar ketadika...abang ahmad jelous je bila tgk result adik..kakak tak kata apa dah...sekarang tgh tunggu result ahmad n kakak...ummi plk selasa ni nak abik test JPJ untuk kali-2...ahhhhhhh...malunya kali pertama kandas....aduhhhhh pengalaman sebenarnya tu..(pujuk diri sendiri)...doakan ummi lulus ye...

Sorry la tak dapat nak letak pic kat sini..tak tahu kenapa komputer ni dah balik sini buat hal pulak..merajuk kot...nak beli lg tak de bajet..komputer tak termasuk dalam belanjawan negara..rasanya PM kena bagi 1 surirumah 1 komputer barulah 1 malaysia..tak gitu....tapi jgn la bgi komputer yg tak bermutu tinggi..baru pakai 2 bulan dah padam..hampeh betul...

Dah menbebel la pulak...okey la nak beransur la ye..nak gi masak ni..insyaallah klu ada masa kita bersiaran lg...punyala lama tak up-date... kalau blog ni tumbuh cendawan dah boleh buat lauk tghhari ni...JAGA DIRI ,HIASI PERIBADI...