Khamis, 23 Disember 2010

Pokok Krismas

Assalamualaikum...lama beno rasanya tak up-date blog ni....minggu ni...ada yang demam+sakit+malas+tak de ceta....semua ada...so tak berup-date blog aku ni....minta maaf bebanyak...dengan salji yang tebal lg tu...huhuhu...perintah berkurung dikuat kuasakan oleh perdana menteri ku yang terhormat...ada la abik gambar hari tu ..aku letak la kan sini yek....
Bergambar dgn patung Santa Claus kat depan Damhus tivoli je...saja nak meriah2..hehehe..
Ni dgn pokok2 krismas yang dijual kat situ...untuk menyambut hari Natal..
setiap rumah kena ada pokok ni kot masa krismas nanti...aku pun tak tahu..
Tak banyak mane pun pokok yang ada kat sini...tapi kami tak beli tau....cuma tengok je....
Sampai terpejam2 mata anak dare kecik tu...ok la kita jumpa lagi...
wassalam...

Rabu, 8 Disember 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...Salam Maal Hijrah...Hijrah Itu Pengorbanan...Hijrah Itu Perjuangan..Hijrah Itu Persaudaraan..Hijrah Membentuk Perpaduan...Hijrah kearah kebaikan...

Isnin, 6 Disember 2010

Doa akhir tahun dan awal tahun

Assalamualaikum....dan salam pagi Isnin..masing2 dah pergi kerja n sekolah..tapi kat Malaysia sekarang ni tgh cuti sekolah..hai seronoknya cuti-cuti malaysia....hari ni 30 zulhijjah dan marilah kita sama-sama membaca doa akhir tahun selepas waktu asar nanti....
Dan diikuti doa awal tahun selepas solat waktu maghrib...
Selamat menyambut Awal Muharram dan selamat tahun baru kepada semua umat islam di seluruh dunia....wassalam..

Jumaat, 3 Disember 2010

Berlin 2010

Assalamualaikum....weekend lepas kami satu famili berkesempatan bercuti ke Berlin...alhamdullillah dapat la tengok tempat orang sementara dok kat Denmark ni kan....dari Denmark kami naik train ICE ke Berlin selama 6 jam perjalanan....transit sekejap di Hamburg untuk tukar train...ni ada gambar yang sempat di ambil masa kat sana....

Masa sarapan pagi kat hotel tempat kami menginap...biasa la sarapan orang putih..roti n seangkatan dengannya...

Kat lobi hotel.. kepenatan ....tapi masih bersemangat nak teruskan pengembaraan di musim sejuk...hehehe...
Hasil mengembara dapat makan ayam goreng...mcm KFC buat...sedap walaupun yg buat tu orang arab ke turki aku pun tak pasti...yang pasti HALAL....
Salah satu tempat shopping,yang sempat kami singgah...bukan nak bershopping sangat pun...cuma nak panaskan badan sbb dah sejuk dok jalan lama sangat....anak2 dah merungut ...ye la holiday waktu winter....pas tu kita sambung jalan lg....

Bangunan apa pun ni aku tak pasti...aku pakai snap je...hehehe...
Kalau tak silap aku ni university...

Krismas Market..
Dom und Fernsehturm...

Nak juga bergambar dgn bas 2 tingkat ni...layan....bas cam ni banyak kat Berlin...tp tengok kosong je..kalau la bas 6a kat sini wat 2 tingkat kat selesa....
Kedai cenderahati...
Checkpoint Charlie...
Kat depan Reichstag..gambar dari jauh je sbb masa ni polis buat kawalan ketat..tak boleh masuk..tak tahu ada apa kat Berlin ni...sepanjang jalan ada polis berkawal...

Bergambar sebelum nak balik ke Denmark...masa ni salji mula turun...sebenarnya banyak tempat menarik yang tak sempat nak pegi ....ni je kesempatan yang ada...cukup la sekadar nak tengok Berlin macammana......bye Berlin....
Kami bertolak dari Berlin pukul 11.26 pagi....naik train ICE terus ke Hoje Taastrup....kali ni tak berhenti kat Hamburg....ikutkan jadual kami sampai Hoje Taastrup dalam pukul 5.30 ke 6.00 petang gitu....lagi 30 minit nak sampai ke Puttgarden(betul ke eja)..train kami terlanggar trak...bergegar juga la...mungkin trak tu tak lepas kot sbb salji tebal masa tu...kami kena tukar naik bas untuk ke Puttgarden..kemudian ada train tunggu kat sana untuk bawa ke Copenhagen...train yang mula2 bawa kami tak boleh jalan dah...Alhamdullillah kami sampai Hoje Taastrup dalam pukul 10.30....train ke Rodovre ada lg ...kalau tak de mahu dah ketuk pintu rumah kawan aku kat sana...hehehe...masa tu salji mula turun makin lebat menyambut kepulangan kami.....okey kalau ada masa kita jumpa lagi..wassalam...

Sabtu, 27 November 2010

Snow lagi dan lagi.....

Assalamualaikum....hari ni salji turun tanpa henti...sehari kena 3 kali bersihkan koridor kat depan rumah..sbb salji tebal sangat...tabur garam 2 kilo pun belum tentu dapat bersih sepenuhnya...tahun ni tak tahu la bekalan garam untuk salji cukup ke tidak...tahun ni nampaknya salji cukup tebal ...semenjak dok sini baru ni la salji tebal gini... sebelum ni..sikit je..salji turun non stop..takut nak pergi jalan jauh2 takut lambat sampai destinasi n lambat sampai rumah...ada kenangan yang tak dapat dilupakan...hehehe....
So ajak je anak2 main salji kat garden belakang umah ....geram je tengok salji yang putih bersih tu...tapi baru je 15 minit main salji dah cabut naik atas rumah tak tahan seeeeeeejuk....tinggal je anak2 main salji.....
Tengok tu tebal ke tidak salji kat umah aku...boleh berkubang tu kalau nak...hehehe..sapa berani nak berkubang dalam salji...tu yang geram je...
Adik nak cuba buat snowball...ingatkan nak buat snowman tapi snow tak leh kepal...bederai...pegang gitu-gitu je la...
Senyum dalam sejuk...la ni salji masih turun tapi tak jelas sbb kamera tak canggih...hehehe...tu la adik sepet2 matanya..salji kena kat muka...

Ahmad pun nak bergaya jugak....
Puas rasa hati dapat rosakkan padang salji yang tenang tadi....jom kita naik rumah salji dah mula lebat ni...gambar kakak tak dapat nak letak..lain kali kita gi luncur salji pulak...

Rabu, 24 November 2010

Snow lagi

Assalamualaikum..salji turun lagi...hari ni tebal sikit saljinya berbanding hari semalam
..turun je salji mula la heater rumah aku buat hal...sekejap on..sekejap off..ahhhhhh..sejuknya tuhan je yang tahu..masa ni la rasanya tak sabar nak balik kampung ku yang ku rindui..huhuhu...menggigil aku bila nak takbiratul ihram..tapi kewajipan mesti di laksanakan tak kira musim sejuk ke panas....itulah cabaran di bumi Denmark ni...apa la yang aku menbebel ni kan....
Tapi budak kecik ni sukeeee sangat nak main snow...walaupun muka dah naik merah tapi still nak main juga...posing dik jgn tak posing..menggayakan tudung baru dia tu...hehehe...
Nak cium snow ke dik?ada bau ke?
Snow belakang umah...

Jumaat, 19 November 2010

Snow dah turun...

Assalamualaikum..dan selamat pagi...pagi ni sejuk sangat rupa-rupanya salji nak turun..best sangat..bermulalah musim sejuk tahun ni..hehehe...
Sempat snap kat garden belakang umah je ...itu pun melalui tingkap..tak sanggup nak keluar pagi2 ni...salji tak tebal lagi ..ini baru permulaan salji...nanti tunggu salji tebal baru kita main salji n buat snowman..
Rumput yang kering bertukar putih diliputi salji....
takkala melihat salji turun hati merasa amat tenang.....bagai kan kapas melayang-layang...bersih lembut halus mulus..alhamdullillah...Indahnya ciptaan TUHAN...

Selasa, 16 November 2010

Aidil Adha

Assalamualaikum..Selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam dimana saja berada..kepada yang mengerjakan haji di tanah suci Mekah di doakan semoga mendapat haji yang Mabrur..Ameen...

Isnin, 8 November 2010

Jom Makan-Makan

Assalamualaikum...weekend td kami gi makan-makan rumah Lin Abdillah..wat masakan kampung..memang best + happy..yang penting kerjaaasama...kalau ada masa kita wat lg pot luck mcm ni lg..menu lain pulak...
Ni tengah menjamu selera ..tak tahu untuk kali keberapa...tengok la tu pinggan dah licin...
Tuan rumah asyik tambah nasi je...masak lagi dan lagi...dan lagi...

Mana taknya..tetamu asyik makan ...makan..makan..hujan ribut pun dah berhenti..ni tak de stop..stop waktu solat je...pas tu sambung balik..dah la tu jom la kita balik rumah hari pun dah malam...
Ni gambar masa nak balik...biasa la aku time orang sibuk2 nak pakai jaket nak balik time tu la sibuk ngajak nak berposing...hehehe..jgn marah... eh apasal la budak kecik tu ada kat situ..kesian ti dayang nampak kepala je..kacau daun la adik ni..tak leh langsung ummi berposing sikit...
Eh apasal sampai dua pulak letak gambar ni?ni pakai kamera aku yg cinonet tu.. blur sikit..gambar kat atas tu aku cilok dari tuan rumah..clear kan?..tuan rumah pakai kamera beso..ni tgh pujuk my hubby suruh belikan kamera beso..hehehehe...tu la aku, tak pernah cukup dengan apa yang ada...bersyukurlah dgn apa yang ada...


Khamis, 4 November 2010

Petua dan Amalan Untuk Isteri2...

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:

Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.



Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .

Copy & Linkkan dalam blog anda jika mahu....untuk bacaan kaum wanita, ibu dan isteri tuan2 semoga ada manfaatnya.

Sumber: http://daulatpang5.blogspot.com/

Mengecat bilik

Assalamualaikum...lamanya tak up-date blog ni..tak de sibuk sangat cuma tak diberi peluang untuk mengup-date blog je....nak cerita sikit tentang gambar kat bawah ni ha..dua beranak ni sedang kusyuk mengecat bilik tidur ...nak raya ke?raya dah lepas dah mungkin untuk raya haji kot...bukan untuk raya aidilfitri or raya haji..cuma nak kasi clear sikit almaklum la dah 3 tahun dok umah ni..kena la cat cantik2 sikit nanti kalau tuan rumah tengok tak la terkejut beruk orang tua tu....hehehe...
Ni baru bilik tidur 2..belum lagi ruang tamu,bilik tidur 1 n dapur lg...tgh dok mesyuarat ni nak cat satu rumah ke tidak?
Sebab kat sini kalau nak keluar rumah sewa kena betul2 bersih n cantik mcmmana kita mula2 masuk rumah dulu..kalau tak kena abik la duit kita...pening ni..nak cat dulu rumah takut tuan rumah tak berkenan plk...cat ke tidak?cat ke tidak?aahhhhhhhh.....

Rabu, 27 Oktober 2010

Helsingborg

Assalamualaikum...hari ni baru nak letak gambar yg dah lama tersimpan kat peti besi tu....masa pergi ke Helsingborg masa Autunm Holiday hari tu..
Pekan dia kecik je...so jalan-jalan je kat sini...sebenarnya tak de plan pun nak gi sini..tu pasal la pakai redah je..hehehe..
Baru nampak ramai sikit orang yg nak gi shopping...sbb kita datang pagi..kedai pun baru buka...okey la sekadar nak tengok tempat orang kan....
Permandangan dari atas menara...

Tempat ni tak tahu apa ke namanya..nampak mcm castle lama....
Jom kita naik tangga ni ...lupa pulak nak kira berapa anak tangga ni...lenguh juga kaki den...
Muka adik dah sama lebar dgn bunga ni...

Masa kat atas feri...sejuuuuuuuk banget hari tu...