Jumaat, 18 Jun 2010

Mesin Rumput

Assalamualaikum...gambar ni semalam punya cerita..my hubby tgh mesin rumput kat garden umah kami tu..musim panas ni tiap minggu mesti mesin rumput kalau tidak, garden tu macam hutan simpan..hehehe...kalau musim salji kena sodok salji kat tepi jalan..tu la nasib dapat umah macam ni..kena kerja lebih sikit..tapi yang bestnya umah ni kita ada privacy..lagi2 ada bala tentera yang ramai macam aku ni...bising tak usah cerita la..belum lagi uminya menjerit..bisa sakit kepala dibuatnya..kalau dok umah lain tentu dah kena tegur punya...

Tengok tu tak ke dah macam hutan simpan..lepas mesin rumput my hubby cantas la mana dahan pokok bunga ros yang panjang2 tu ha...bukan apa nanti pakcik John(tuan umah ni) tu bising pulak sbb tak jaga garden dia....kami buat yang termampu je...pokok pagar tu tak larat la nak buat, sbb mesin potong tu berat tul..pernah sekali cuba lenguh semua tulang tangan aku...cukup la sekali...

Kita minum dulu...penat betul ni bang ...siap minum kopi lagi..hehehe..

Tengah buat apa la anak beranak tu kan...asyik sungguh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan