Jumaat, 25 Jun 2010

Last day of school 2009/2010

Assalamualaikum...pagi ni kakak n ahmad last sekolah sebab mulai esok bermulanya summer holiday...cuti panjang la kiranya..horeyy..jadi kat sekolah pun tak belajar dah...balik awl pukul 12 tgh hari dah balik...cuma hari ni ada breakfast dengan cikgu n kawan2 sekelas...kakak bawa cucur sosej je ...hehehe..umi buntu tak tahu nak masakkan apa..kakak bagitau last minute..so itu je yang terlintas kat kepala umi...
Tengok la gelagat kawan2 kakak makan..kakak cuma jd jurufoto je...
Banyaknya makanan...yumm..yumm..yumm....

Dah ramai2 gini makan apa pun sodap kan?


End-of-Term

Assalamualaikum....pada petang khamis 24/6 ada majlis makan malam sempena tamat persekolahan pada tahun 2009/2010...kat Bjorn's International School...kat atas ni Pia selaku cikgu besar sekolah tu tengah berucap...layan je apa yang dia cakap tu....
Ni budak2 tahun akhir sekolah ni....tak nampak semuanya pun..ada kepala orang plk ni..siapa punya kepala aku pun tak tahu....bukan main menyemat lg diorang ni..siap pakai 'kot' bebagai...

Tetamu yang hadir sedang menjamu selera...makan jangan tak makan...
Ramai juga yang datang...ada yang tak dapat tempat duduk pun ada...nasib kami baik datang awal ada la tempat duduk kat hujung nu haa...hehehe...tak sempat nak snap makanan...semua yang datang kena bawa makanan dari negara masing2...so banyak la kan...aku bawa sate daging,nasi impit n kuah kacang...sate n nasi habis,kuah kacang tak habis sbb aku rasa diaorang takut kot nak makan makanan berminyak...ataupun tak tahu nak makan macam mana...hehehe...

Uncle Nazrul balik Malaysia

Assalamualaikum...pagi rabu 23/6 sebelum pergi sekolah kakak n ahmad bergambar dulu dengan uncle(anak2 ku panggil Nazrul)...sebab hari ni uncle dah nak balik Malaysia pukul 2.30 ptg ...kakak n ahmad tak dapat nak jumpa uncle sbb hari ni diaorang ada pergi Summerland balik lewat dalam pukul 4.30 ptg....Uncle dah habis study kat Denmark..mungkin akan datang ke Denmark lg bln september nanti untuk submit thesisnya...seronok uncle nak balik Malaysia..tinggal kami kat sini..huhuhu sedih tau.....
Masa ni teksi dah sampai...dah nak gi airport la ni...sibuk si kecik ni nak ikut uncle...
Sempat lagi bergambar lepas uncle check-in tadi....
Bye uncle...panjang umur jumpa lagi...

Isnin, 21 Jun 2010

Adik Dah Berhenti Sekolah

Hari ni secara rasmi adik dah berhenti sekolah...yezzzz seronok hati adik bukan kepalang lg bila diberitahu esok adik dah tak payah pergi sekolah...tak tahu kenapa minah ni tak nak gi sekolah...
Ni last jumpa cikgu n sebahagian kawan2 adik...ramai yang dah bercuti tinggal 3 orang je masa kami datang tu...

Aku pun sebuk la juga menyelit kat situ nak bergambar dgn diaorang..sedih tau masa ni..lagi masa bersalam dgn kawan n cikgu adik...walaupun adik sempat ikut sesi persekolahan cuma sebulan dua gitu...kalau ikutkan hati aku memang nak adik sekolah kat sini..dapat la juga pengalaman dok negara orang..tapi dah dia tak nak..nak wat mcm mana..nak paksa2 pun nanti terpaksa jadi tak seronok dia kan..kita nak dia happy..

Bazaar Indonesia

Assalamualaikum..ni cerita hari sabtu lepas kami pergi ke Indonesia Embassy ada bazaar...ni first time pergi sini,jadi sesat la...pusing sana..sini..adalah 2,3 kali lalu jalan yang sama...selama ni tak pernah berjalan kat pekan Hellerup so hari tu berjalan kami satu famili kat pekan Hellerup...bukan bershopping tapi cari jalan nak ke Indonesia Embassy...aduhhh...masing2 dah muncung kedepan sbb dah penat menapak..aku rasa adalah 1 jam 30 minit akhirnya kami sampai juga kat sini...itu pun dah calling sana calling sini...hehehe...
Banyak juga gerai yang dibuka hari tu...tapi tak sempat pun nak tinjau lama2...sbb datang dah lambat hari pulak nak hujan...lebih kurang pukul 2.30 kami balik..bazaar pun tutup pukul 3.00 gitu...sempat juga berjumpa kawan-kawan yang kebetulan ada kat situ..hilang la sikit penat berjalan tu dak...

Ni aku dgn Ischa ...dia bukak gerai..dia ni emak kepada kawan kakak(aqilah)..dia la yang bagi jemputan ke bazaar ni...


Jumaat, 18 Jun 2010

Al-Fatihah Untuk Nenda


Assalamualaikum...Salam pagi Jumaat.Pagi tadi aku dapat mesej dari adik di kampung menyatakan bahawa nenda telah pulang kerahmatullah pada pukul 6 pagi waktu Malaysia..Al-Fatihah untuk nenda tersayang semoga rohnya ditempatkan diantara orang2 yang soleh dan solehah...AMIN..

Mesin Rumput

Assalamualaikum...gambar ni semalam punya cerita..my hubby tgh mesin rumput kat garden umah kami tu..musim panas ni tiap minggu mesti mesin rumput kalau tidak, garden tu macam hutan simpan..hehehe...kalau musim salji kena sodok salji kat tepi jalan..tu la nasib dapat umah macam ni..kena kerja lebih sikit..tapi yang bestnya umah ni kita ada privacy..lagi2 ada bala tentera yang ramai macam aku ni...bising tak usah cerita la..belum lagi uminya menjerit..bisa sakit kepala dibuatnya..kalau dok umah lain tentu dah kena tegur punya...

Tengok tu tak ke dah macam hutan simpan..lepas mesin rumput my hubby cantas la mana dahan pokok bunga ros yang panjang2 tu ha...bukan apa nanti pakcik John(tuan umah ni) tu bising pulak sbb tak jaga garden dia....kami buat yang termampu je...pokok pagar tu tak larat la nak buat, sbb mesin potong tu berat tul..pernah sekali cuba lenguh semua tulang tangan aku...cukup la sekali...

Kita minum dulu...penat betul ni bang ...siap minum kopi lagi..hehehe..

Tengah buat apa la anak beranak tu kan...asyik sungguh..

Khamis, 17 Jun 2010

Bola

Assalamualaikum....seperti biasa la blog ni seminggu sekali baru up date...kelmarin masa
lepak-lepak tengok bola piala dunia..perlawanan antara Brazil vs Korea..kalau tak silap aku la..aku ni bukan peminat bola pun..ntah hari tu saje je dok depan tv tiba-tiba terpandang pengadil yang bertugas hari tu...jeng-jeng Subkidin ada....cepat2 abik kamera nak snap gambar dia tapi gambar blur je..tu la hasilnya gambar kat atas tu...tapi masa perlawanan tu tak ada pun dia...simpanan kot...Brazil menang 2-1...tension je my hubby sebab Korea kalah..sabar ye bang..kepada pemain2 bola sepak semoga maju jaya..kepada peminat bola sepak jgn tension kalau pasukan pilihan anda kalah..


Isnin, 7 Jun 2010

Rosak

Assalamualaikum...kali ni lama tak up-date blog sebab komputer rosak...jadi semua gambar2 yang tersimpan kat komputer semua hilang ditelan thunami...silap sendiri juga tak simpan kat peti besi..insyaallah lain kali kena beringat sebelum kena...sedih juga sebab banyak gambar2 semasa pergi bercuti semua hilang...kena pulak aku ni cepat sgt emonya(emosional)..terbawa2 sampai tido....huhuhu..sedih bukan senang nak gi bercuti lg...itu la namanya tak de rezeki...la ni kena snap gambar banyak2 lg untuk buat kenangan...komputer ni pun satu asyik rosak tak sudah-sudah..kalau tak rosak kena virus...tension aku..bila la nak dapat durian runtuh ni..boleh aku beli 1,2 komputer...boleh sorang sebijik komputer..tak yah nak gaduh2 nak pakai komputer...hai..membebel pulak aku kan..key kita jumpa next week...