Khamis, 31 Mac 2011

Masuk kotak

Assalamualaikum... Pejam celik,pejam celik dah akhir bulan mac..bulan mac adalah bulan yg tak aktif tulih blog...ala bukan bulan mac je, bulan-bulan lain pun gitu gak..hehehe..ye la kita ni ikut mood kalau tulih blog ni..bukan mcm orang lain yg hari2 tulih blog..mcmmana orang boleh tulih n isi pepanjang dalan blog..aku pun tak tahu.. Dah mula packing-mempacking..hari tu buang-membuang..dah siap 4 kotak n dah pun dibawa kerumah Puan Zana..terima kasih la kepada En.Hubby ,Cikgu Sham n Dr Kama kerna angkut barang teman tu..hehehe..apa la barang dalam kotak tu yek...terima kasih juga la kpd Puan Zana n Dr Kama krn offer join nak pos barang ke Mesia..klu tak de kawan offer rasanya teman tak pos apa2 pun barang balik mesia...sbb nak pos kat sini mahe bebeno..nak wat mcmmana dok tempat orang kaya-kaya...hehehe..kaya pada yang bekerja.. Jumpa lagi kita nanti bulan april...agak2 rajin ke tidak bulan april ni up-date blog..hehehe..

Rabu, 30 Mac 2011

Hati dan Amal

Assalamualaikum... Hari ni nak kongsi sedikit tentang hadis dan falsafah yang aku baca kat majalah NUR keluaran bulan julai..lagi pun tak de apa nak letak kat blog nikan...
Allah memberi kita otak untukberfikir,mata untuk melihat,mulut untuk berbicara, dan kaki untuk berjalan....tetapi kadangkala kita sebagai manusia selalu menyalahgunakannya..


Mereka memiliki otak hanya untuk fikiran yg tidak berfaedah,mata untuk melihat perkara yg maksiat,menggunakan mulut hanya untuk berbicara perkara yg kotor,menggunakan kaki menuju ketempat yg dilarang oleh Allah..


Kadangkala manusia jarang bersyukur dengan apa yang telah dimiliki...mereka selalu merasa kekurangan...


Allah yang Maha sempurna telah memberikan kita pelbagai nikmat..dan kita sebagai hambanya mestilah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan...dan hendaklah kita berbuat kerja2 yang diredhai-Nya...
Mungkin ada baiknya kita hayati hadis ini..daripada Abu Hurairah,sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud ''Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa paras dan harta bendamu tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu''.(Riwayat Muslim)

Khamis, 24 Mac 2011

Operasi buang membuang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni cuaca cantik sangat..langit biru cahaya matahari besino-sino....tapi angin agak kuat bertiup..kena hati-hati bila berjalan takut melayang pulak...
Nak ceta semalam gotong royong mengeluarkan barang yg tak di pakai untuk dibuang..memasing nak tolong abah keluarkan sampah tu...tgk n lihat sendiri dua beradik tu..operasi buang membuang dah bermula..ni baru sebahagian yang perlu dibuang...ada lg kat atas rumah tu ..tunggu giliran je untuk dibuang..nanti operasi packing mempacking pulak..mengemas belum lagi...sikit2 pun bila dah dikumpul banyak juga rupanya reta benda kat rumah ni..maklum la dah 3 tahun 6 bulan dok sini...nasib baik tak jadi bukit lg...

menejer tgh tgk apa lagi yang nak diletak kat situ...cukup agaknya untuk minggu ni...yg lain minggu depan...so tiap-tiap minggu ada je sampah kat tepi jalan umah kami ni...sampah mcm ni diaorang kutip setiap hari khamis..untuk sisa makanan setiap hari selasa...so kena asingkan ...mungkin sampah yang mcm ni boleh recycle...pepandai la dema buang sampah tu..yg teman tahu sekarang ni nak clearkan rumah secepat mungkin..heeeee..dah tak sabo le pulak nak balik mesia ni..bila dah mula mengemas n mempacking ni...terbayang je kampung halaman ku...ok la nanti kita ceta lagi je..bebye..

Rabu, 23 Mac 2011

Cerita dah lama..

Assalamualaikum..

Lamanya tak isi blog...asyik baca blog orang lain je..blog sendiri tak berisi..kan hari tu dah cakap skrg ni mood ada tak baik sikit so pepaham je la..cerita tu ada cuma maleh nak ngisi je kat blog ni..nanti klu dah mula menulis tak leh orang kacau..leceh kalau baru nak isi blog je..ada je yg nak itu..ini..(alasan je tu)

Rasanya ceta kat bawah ni aku tak isi lg kat blog..klu dah tersiar mohon maaf la ye..anggap la siaran ulangan..kihkihkih...ada pulak gitu ye..apa-apa la cik jah ooi..

TFC kat Norrebro
ni model tak berbayar untuk promote TFC..

Jom kita makan..ni hidangan pertama sebelum order untuk yg kedua..sbb yg ni tak cukup untuk kitaorang yg 5 orang ni..sedap juga menu yg ada kat sini..berbaloi la kata orang..asyik KFC je..sesekali kita tukar pulak ke TFC..cuba la kalau nak tahu ok ke tidak..
Ni hidangan yg kedua baru sampai..nasib baik tak order untuk kali ke 3..mahu pening waiter tu dibuatnya..jom moh kita balik ....

Khamis, 17 Mac 2011

Ibu

Assalamualaikum..

Terasa rindu kat emak kat kampung..dgr pulak lagu dari blues gang ibu...tersentuh jiwa ku..


Ibu
Ku tahu kau kesunyian
Dapat ku rasakan
Hidupmu penuh kekosongan

Ayah pergi
Tinggallah kau seorang diri
Perginya ia
Tak kan kembali lagi

Tahukah engkau hancurnya hati ku
Bila mengenangkan nasib mu
Apakah yangdapat kita lakukan
Semua itu kuasa tuhan

Usahlah ibu
Bersedih pilu
Memang suratan
Dia pergi dulu

Sudahlah ibu
Jangan menangis lagi
Yang pergi itu
Tetapkan pergi

Berdoalah
Kehadrat illahi
Semoga rohnya
Selalu direstui


semoga emak n emak mertua ku didalam keadaan sihat walafiat..disamping kasih sayang anak2 n cucu..

Selasa, 8 Mac 2011

Mood x stabil..

Assalamualaikum...
Dah dekat 2 minggu tak bersiaran..tergendala la sebentar untuk 2 minggu ni..seminggu dua ni mcm tak de mood je nak up-date blog tak tahu kenapa..ceta tu ada la juga...dah jadi pekasam dah ceta untuk 2 minggu lpas..hehehe..
Dah nak dekat balik mesia ni sedih pulak nak tinggalkan kekawan kat sini...bulan ni je 2 orang kawan ummi pindah dari Denmark..satu famili dah balik mesia sbb dah habis tempoh bekerja kat sini...sedih sbb tak dapat jumpa masa last sebelum diaorang balik mesia..mudah-mudahan dapat jumpa kat mesia nanti..n satu lg famili akan berhijrah ke Zurich untuk bekerja kat sana pulak..walaupun kat sini jarang berjumpa.. tapi kalau dah jauh kita akan terasa kehilangan..sbb kekawan kat sini semua baik ngan kami..huhuhu..(lap air mata jap)bulan April ni satu lg famili balik mesia sbb dah habis study..n insyaallah famili ku bln Mei nanti..kenangan bersama kalian adalah kenangan yang paling manis..mudah-mudahan silaturahim ni berkekalan hingga hujung nyawa..
Mungkin ini salah satu sbb yang ummi kurang mood nak berblogging..nak wat apa pun tak de mood..kalau ikutkan time gini dah kena kemas rumah n simpan atau buang barang..apa yang nak dibawa n apa nak ditinggal..
Setiap pertemuan ada perpisahan..
Itulah lumrah kehidupan...