Sabtu, 29 Mei 2010

Yang Terindah


Semenjak Kau Hadir Dalam HidupKu

Tiada Lagi Keresahan

Kau Mengetuk Pintu HatiKu

Tanpa Sedar HinggaKu Izinkan



Kau Yang Bernama Cinta

Kau Yang Memberi Rasa

Kau Yang Ilhamkan Bahagia

Hingga Aku Terasa Indah



Maaf Jikaku Tidak Sempurna

Tika Bahagia Mula Menjelma

Bila KeyakinanDatang Merasa



Mencintai Dirimu

Merindui Dirimu

Memiliki Dirimu

Hingga Akhir Hayat Bersama Kamu



Kau Yang Bernama Cinta

Kau Yang Memberi Rasa

Kau Yang Ilhamkan Bahagia

Hingga Aku Terasa Indah



Kau Yang Bernama Cinta

Hingga Aku Rasa Indah


Anniversary perkahwinan ku yang ke-11...29/5/1999-2010...

Rabu, 26 Mei 2010

Tak pegi skull

Hari ni aku tak tahu nak buat macam mane lagi nak pujuk adik untuk pergi sekolah..setiap kali nak pergi sekolah ada saje alasan yang dia tak nak pergi sekolah...dah puas pujuk itu ini..begitu begini tapi tak juga menjadi...lastnya hari ni dia tak pergi sekolah...apa kena dgn budak kecik ni aku pun tak tahu...
Alasannya tak nak pergi skull sebab kawan adik bising...macam tak logik je alasan tu kan?biasala budak kalau dah main tentu la bising..adik kat rumah pun kalau main dengan kakak n abang bising nya macam nak runtuh rumah (betul ke?)kalau ummi tak tegur suruh diam selagi tu bising..kan.kan.kan.....

Croatia

Ini gambar my hubby masa kat Croatia..masa dia hadiri Conference hari tu...ada ambil gambar untuk tatapan anak dan isteri dia yang tak dapat ikut....huhuhu....tengok Croatia kat gambar pun jadi la...ada letak sebahagian gambar yang diambil kat sini...saje la tak de apa nak letak kat blog ..aku letak la gambar ni ...hehehe..
Laut yang tenang ..





Jumaat, 21 Mei 2010

Dah Balik..

Yeeees my hubby dah balik dari Conference di Croatia...bukan main seronok lagi anak-anak menyambut abah diaorang balik ....siap tunggu kat jalan lg..nasib baik tak de karpet merah ...kalau tidak dah bentang dah...al-maklum la anak-anak aku ni lebih rapat dengan abah berbanding ummi...sebab ummi ni garang sikit..hahaha...hot mama...walaupun ummi garang tapi ummi sayang kat anak-anak ummi...

Ahad, 16 Mei 2010

Guru



Ibu Bapa

Mudah-mudahan ALLAH memberkati kedua ibubapa kami di dunia dan akhirat..Amin..
Semoga ALLAH memberi kesihatan yang baik untuk emak terus beribadah kepada mu ya ALLAH...AL-fatihah untuk untuk arwah bapak dan arwah abah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Cerita apa ye....

Dah lama betul tak tengok blog ni...seperti tajuk kat atas tak tahu nak cerita apa kat sini....letak je la gambar bunga ni..kat sini dah masuk musim bunga tapi cuaca macam musim sejuk...hujan..mendung..gitu la seminggu ni...bertambah la boring seminggu ni my hubby pergi conference....alahai tinggal la kami 4 beranak kat umah...macam la tak pernah kena tinggal kan?...biasa la kalau depan mata bukan bersembang sangat pun...dia dengan komputer je..kita pun wat kerja kita..tapi kalau tak de rindu pulak kan...tu la kita kena hargai masa bersama orang yang kita sayang...tiba-tiba rindu pulak kat emak kat kampung...tak leh cerita pasal emak sebab nanti tentu menitis air mata...rindu serindu-rindunya.....okey nanti sambung lagi...

Rabu, 5 Mei 2010

Jalan-jalan Copenhagen

Dah lama tak up-date blog..baru baik dari demam,batuk n selsema..cerita ni pun dah lama baru masuk kat blog..harap semua maklum..bukan rajin bebenor nak isi blog ni..hehehe..ni hubby n anak2 bergambar kat Gammel Strand..gambar ni menceritakan tentang seorang isteri nelayan yang menunggu suami yang pulang dari menangkap ikan....kat bawah ni ada sedikit gambar yg diambil masa jalan2 kat cph ...jadi layan je la foto2 ni yek..
Nyhavn

Bergambar dgn patung orang tertinggi kat dunia....
Ni hasil kerja Ahmad sebagai jurufoto...adik jadi model kat sebelah patung tu...