Ahad, 30 Januari 2011

Keju halal ada di Malaysia..

Assalamualaikum...pagi ni terbaca artikel ada keju halal yang diperbuat daripada minyak kelapa sawit...orang kat Malaysia tentu lama dah tahu..tapi aku baru hari ni tahu ...emmmm...
Puan Mastura bersama produk keju yg dihasilkannya....
Puan Mastura membuktikan bahawa keju halal yang berasaskan daripada kelapa sawit sebagai kelainan, ditambah pula tiada individu mengeluarkan produk seumpama itu disebabkan kebanyakan keju dihasilkan drpd renet lembu yang tidak diketahui status halalnya...
Syarikatnya mengeluarkan pelbagai jenis keju diantaranya Mozzarella,Cheddar mild,Cheddar classiq,Cream cheese,Shalamont green cheese,Mas blue,Tja Low Fat Nachos cheese...Brands..TJA CHEESE,TJA COOKING OIL, TJA CHILI SAUCE..
Selepas ni boleh la makan keju tanpa was-was lagi...n dapatkan keju yang enak dan tahan lama ...malah boleh mempelbagaikan masakan berasaskan keju..jom kita buat cheese kek...minta-minta brands ni senang la nak dapat kat pasaraya...

Jumaat, 28 Januari 2011

Coklat...

Assalamualaikum...kat sini nak kongsi cerita pasal coklat berperisa cili...boleh tak bayangkan ..macammana la rasanya coklat yang manis tu ada perisa cili..kalau coklat campur hazelnut ke,karamel,milk tu adalah ...ni ada coklat perisa cili lak...mcm pelik je kan...murah lak tu..limited edition tu...jangan tak caya ...kalau tak caya tengok gambar kat bawah ni..
Percaya ke tak?ada gambar cili kan....tapi yang tak percayanya..langsung tak rasa cili pun coklat tu...tapi lebih rasa buah markisa dari rasa cili yang merah tu....buat gempak je gambar cili tu...Marabou..Marabou ...ingatkan rasa macam sambal belacan pedasnya....
Coklat perisa Mango ni pun baru kuar agaknya sebab sebelum ni tak pernah jumpa n makan lagi...tapi kalau perisa buah-buahan ni biasa la kan...cuma tak de lagi perisa coklat derian...kat malaysia dah ada kot..sebab ramai dah sekarang ni bumiputra buat home made coklat...n buat bisnes coklat yang pelbagai perisa...packaging pun boleh tahan..teringin juga nak wat coklat sendiri kan...

Baca Sebelum Tidur..

Assalamualaikum...

Nabi SAW bersabda .Apabila kamu masuk tidur,maka bacalah ayatul kursi sehingga habis...maka sesungguhnya akan sentiasa ada penjaga dari ALLAH untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi...(HR Bukhari)

sumber :Tazkirah..

Rabu, 26 Januari 2011

Kau datang lagi....

Assalamualaikum...lama tak up date blog....tak tahu nak tulih apa..ada sesapa yang rindu ke?yang pasti tentu famili aku rindu kat aku..kih..kih..kih...(sebenarnya aku yang rindu kat diaorang)...huhuhu..bila la nak balik ni...
Bangun pagi tadi tengok kat luar ada snow...alahai ,kau datang lagi ..ingatkan dah segan nak turun..aku hanya menurut perintah ALLAH(kata snow)bukan tak suka snow turun...cuma aktiviti kat luar memang terhad la sikit...kalau ada snow ni hanya terperap kat umah je la...jangan jd pekasam dah...baru ingat nak bawa adik jalan-jalan...kena tunda lagi la nampaknya..
Apa kita nak buat bila snow turun?

Sabtu, 22 Januari 2011

Renungan bersama

USUL DARIPADA HADIS LARANGAN BERBISIK DI HADAPAN SESEORANG

وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ.

Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.[1]

Hadis ini memberikan kepada kita beberapa prinsip, yang pertama, jangan menimbulkan shak wasangka kepada orang lain. Pergaulan dengan orang lain hendaklah dengan menjaga adab, penuh kemesraan dan jauh dari prasangka. Prinsip kedua, menjaga hati dan perasaan orang lain.

Sebab larangan ini supaya terhindar perbalahan dan permusuhan kerana ianya membawa kepada tidak bertegur sapa dan pemulauan.

Ini menunjukkan betapa Islam menjaga hak asasi manusia iaitu sesiapapun tidak boleh melukakan hati dan perasaan orang lain.

Maksud menyebabkan ia sedih boleh jadi dia merasakan dirinya dipersenda, diperlekeh atau diumpat. Atau mengkin dia merasakan dirinya disisihkan dan diketepikan dari mengetahui sesuatu perkara.

Ini juga termasuk dalam adab majlis. Sesuatu perkara hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terbuka. Jika ada sesuatu perkara yang sulit dan rahsia maka hendaklah dielakkan daripada bercakap di hadapan orang lain. Syaitan berlari dalam anak Adam seperti berlarinya darah. Ia mahu mencetuskan permusuhan dan perbalahan dalam diri manusia, dan ia bersungguh-sungguh mahu mencetuskan perbalahan dan kebencian dalam jiwa manusia demi untuk memecah belahkan mereka dan menyibukkan mereka dengan permusuhan, pemulauan dan terputusnya hubungan silaturahim. Dengan cara ini, manusia akan lalai dari beribadat kepada Allah dan tidak akan bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan ketakwaan. Jesteru, syaitan tidak akan meninggalkan satu carapun melainkan digunakannya untuk mengganggu manusia. Cara yang paling penting ialah bermula dengan sangka buruk. Oleh itu, maka hendaklah setiap orang mu`min wajib menutup pintu-pintu yang cuba dimasuki oleh syaitan yang mahu merealisasikan niat kejinya itu.[2]

Sekiranya dalam keadaan dua orang yang sedang bercakap secara sulit dari mula lagi dan orang yang ketiga berada jauh dari mereka berdua dalam keadaan dia tidak mendengar perbualan tersebut lalu dia datang untuk turut mendengar maka hukumnya tidak harus.

Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad mengemukakan satu riwayat:

قال سعيد المقبري: مررت على بن عمر ومعه رجل يتحدث فقمت إليهما فلطم في صدري فقال إذا وجدت اثنين يتحدثان فلا تقم معهما ولا تجلس معهما حتى تستأذنهما فقلت أصلحك الله يا أبا عبد الرحمن إنما رجوت أن أسمع منكما خيرا

Daripada Sa’id al-Maqburi katanya aku lalu berdekatan dengan Ibn ‘Umar dan bersamanya ada seorang lelaki sedang bercakap-cakap dengannya lalu aku pergi kepada mereka berdua lalu Ibn ‘Umar menampar dadaku seraya berkata apabila kamu mendapati dua orang sedang bercakap-cakap maka janganlah kamu menyertai mereka berdua dan janganlah kamu duduk bersama mereka berdua sehinggalah diizinkan. Sayapun berkata: “Semoga Allah mengelokkan keadaan tuan, wahai Abu ‘Abdul Rahman, saya hanya berharap dapat mendengar perkara baik dari kamu berdua.” [3]

Riwayat ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah mengelakkan diri dari urusan orang lain dengan cara mencelah di antara dua orang yang berbincang secara sulit meskipun dia berniat baik.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w.bersabda: “Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang bukan urusannya.[4]



[1] al-Bukhari: 6290, Muslim: 2184, Tirmizi: 2825, Ibn Majah: 3775

[2] Fath al-Mun’im, jil. 8, hal. 529

[3] al-Adab al-Mufrad, no: 1166

[4] Al-Tirmizi, no: 2317 dan Ibn Majah, no: 3976


Sumber http://www.darulkautsar.net

Jumaat, 21 Januari 2011

Jom kita Amalkan..

Assalamualaikum...mari kita sama-sama baca selawat nariyah sebagai amalan selepas solat..


"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.