Sabtu, 7 Ogos 2010

Valbyparken

Assalamualaikum...hari ni kami satu famili pergi kat Valbyparken...saje la nak habiskan cuti sekolah bebudak ni..minggu ni last diaorang cuti..hari rabu nanti mula sekolah..dan bermulanya puasa..Valbyparken ni adalah park yang kedua terbesar kat copenhagen..baru hari ni
berkesempatan datang kesini....jom kita tengok apa yang ada kat park ni.... Mula-mula kita tengok map dulu..mana dulu kita nak pergi ni bah?....Park ni besar tapi kami pergi sebahagian je..sebab aku tak larat la nak menapak ....dengan cuaca yang panas gini..kadang-kadang pakai payung..pelik je orang tengok..ada aku kisah...hehehe..buat tak paham je..
Nak tahu tak apa kat sebelah dua beradik ni?...ni tempat isi minyak kereta..antik ni..hehehe...tak pernah jumpa sebelum ni kat mana-mana....
Ni la tempat mainan yang pertama jumpa...la ni tak ramai lagi orang datang..panas pulak tu...

Adik tgh main gelongsor..tinggi sungguh..takut ummi...

Ini lah anaconda berkepala dua yang telah disumpah menjadi kayu...
Dok rehat kat bawah pokok menunggu anak-anak main...tak leh dok kat panas sebab sensitif..nanti muka bengkak mcm kena gigit tabuan..hehehe...tu la tak boleh berjemur mcm minah2 danish kat sini.....
Jom kita lepak pulak kat Rosegarden...wangi je bila masuk taman rose ni...macam2 jenis bunga rose ada kat sini..yang biasa tahu rose warna merah je....

Senyummmmm...
Dah penat jom la kita balik...kalau ikutkan anak2 tak mahu balik..sebenarnya umminya yang penat..hehehe...
Dalam kelam kabut dok kejar bas sempat lagi snap gambar kereta limosin ni...kereta ni bawa pengantin..nak bergambar kat park ni kot...adik sempat lagi cakap dgn abah..adik nak abah beli kereta macam ni...wah..wah..wah...boleh tahan citarasa adik ni...naik kereta ni dalam mimpi je la dik...sampuk ummi....okeyla kalau ada masa kita jumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan