Ahad, 30 Januari 2011
Keju halal ada di Malaysia..
Jumaat, 28 Januari 2011
Coklat...
Percaya ke tak?ada gambar cili kan....tapi yang tak percayanya..langsung tak rasa cili pun coklat tu...tapi lebih rasa buah markisa dari rasa cili yang merah tu....buat gempak je gambar cili tu...Marabou..Marabou ...ingatkan rasa macam sambal belacan pedasnya....
Coklat perisa Mango ni pun baru kuar agaknya sebab sebelum ni tak pernah jumpa n makan lagi...tapi kalau perisa buah-buahan ni biasa la kan...cuma tak de lagi perisa coklat derian...kat malaysia dah ada kot..sebab ramai dah sekarang ni bumiputra buat home made coklat...n buat bisnes coklat yang pelbagai perisa...packaging pun boleh tahan..teringin juga nak wat coklat sendiri kan...Rabu, 26 Januari 2011
Kau datang lagi....
Bangun pagi tadi tengok kat luar ada snow...alahai ,kau datang lagi ..ingatkan dah segan nak turun..aku hanya menurut perintah ALLAH(kata snow)bukan tak suka snow turun...cuma aktiviti kat luar memang terhad la sikit...kalau ada snow ni hanya terperap kat umah je la...jangan jd pekasam dah...baru ingat nak bawa adik jalan-jalan...kena tunda lagi la nampaknya..Sabtu, 22 Januari 2011
Renungan bersama
USUL DARIPADA HADIS LARANGAN BERBISIK DI HADAPAN SESEORANG
وَعَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اِثْنَانِ دُونَ اَلْآخَرِ, حَتَّى تَخْتَلِطُوا بِالنَّاسِ; مِنْ أَجْلِ أَنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِمُسْلِمٍ.
Daripada Ibn Mas’ud katanya Rasulullah s.a.w . bersabda: “Apabila kamu bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa orang ketiga sehinggalah mereka berada di kalangan orang ramai kerana itu akan menyebabkan dia akan bersedih.[1]
Hadis ini memberikan kepada kita beberapa prinsip, yang pertama, jangan menimbulkan shak wasangka kepada orang lain. Pergaulan dengan orang lain hendaklah dengan menjaga adab, penuh kemesraan dan jauh dari prasangka. Prinsip kedua, menjaga hati dan perasaan orang lain.
Sebab larangan ini supaya terhindar perbalahan dan permusuhan kerana ianya membawa kepada tidak bertegur sapa dan pemulauan.
Ini menunjukkan betapa Islam menjaga hak asasi manusia iaitu sesiapapun tidak boleh melukakan hati dan perasaan orang lain.
Maksud menyebabkan ia sedih boleh jadi dia merasakan dirinya dipersenda, diperlekeh atau diumpat. Atau mengkin dia merasakan dirinya disisihkan dan diketepikan dari mengetahui sesuatu perkara.
Ini juga termasuk dalam adab majlis. Sesuatu perkara hendaklah dinyatakan dengan jelas dan terbuka. Jika ada sesuatu perkara yang sulit dan rahsia maka hendaklah dielakkan daripada bercakap di hadapan orang lain. Syaitan berlari dalam anak Adam seperti berlarinya darah. Ia mahu mencetuskan permusuhan dan perbalahan dalam diri manusia, dan ia bersungguh-sungguh mahu mencetuskan perbalahan dan kebencian dalam jiwa manusia demi untuk memecah belahkan mereka dan menyibukkan mereka dengan permusuhan, pemulauan dan terputusnya hubungan silaturahim. Dengan cara ini, manusia akan lalai dari beribadat kepada Allah dan tidak akan bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan ketakwaan. Jesteru, syaitan tidak akan meninggalkan satu carapun melainkan digunakannya untuk mengganggu manusia. Cara yang paling penting ialah bermula dengan sangka buruk. Oleh itu, maka hendaklah setiap orang mu`min wajib menutup pintu-pintu yang cuba dimasuki oleh syaitan yang mahu merealisasikan niat kejinya itu.[2]
Sekiranya dalam keadaan dua orang yang sedang bercakap secara sulit dari mula lagi dan orang yang ketiga berada jauh dari mereka berdua dalam keadaan dia tidak mendengar perbualan tersebut lalu dia datang untuk turut mendengar maka hukumnya tidak harus.
Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad mengemukakan satu riwayat:
قال سعيد المقبري: مررت على بن عمر ومعه رجل يتحدث فقمت إليهما فلطم في صدري فقال إذا وجدت اثنين يتحدثان فلا تقم معهما ولا تجلس معهما حتى تستأذنهما فقلت أصلحك الله يا أبا عبد الرحمن إنما رجوت أن أسمع منكما خيرا
Daripada Sa’id al-Maqburi katanya aku lalu berdekatan dengan Ibn ‘Umar dan bersamanya ada seorang lelaki sedang bercakap-cakap dengannya lalu aku pergi kepada mereka berdua lalu Ibn ‘Umar menampar dadaku seraya berkata apabila kamu mendapati dua orang sedang bercakap-cakap maka janganlah kamu menyertai mereka berdua dan janganlah kamu duduk bersama mereka berdua sehinggalah diizinkan. Sayapun berkata: “Semoga Allah mengelokkan keadaan tuan, wahai Abu ‘Abdul Rahman, saya hanya berharap dapat mendengar perkara baik dari kamu berdua.” [3]
Riwayat ini juga menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah mengelakkan diri dari urusan orang lain dengan cara mencelah di antara dua orang yang berbincang secara sulit meskipun dia berniat baik.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ
Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w.bersabda: “Di antara tanda kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang bukan urusannya.[4]
Jumaat, 21 Januari 2011
Jom kita Amalkan..

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.
Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.
1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
Rabu, 19 Januari 2011
Terima tetamu lagi...
Eh..kat mana ni..mcm pernah nampak je..arrival hall kat airport..sejak dua menjak ni asyik ke airport je rombongan cik jah ni...apa ke hal?...hehehe..jangan jeles..kita ada tetamu lagi minggu ni..jom kita tunggu sesama sapa tetamu cik jah ni...pagi ni sesaja je ikut abah(my hubby )pergi airport tunggu kawannya nak datang dk untuk viva PhD...dia dah banyak kali keluar masuk dk..tapi wife dia first time la datang sini...
Ha tu dia dah keluar pun orang yang ditunggu...senyum lebar pasangan pengantin baru ni...kira honeymoon sekali la diaorang ni..lepas ni nak pusing europe pulak katanya...nak ikut boleh...hehehe..boleh2 ...tambang sendiri...
ala...adik lentok-lentok lak..biasa la adik malu-malu kucing lagi..Ahad, 16 Januari 2011
Salji dah cair....
Assalamualaikum...hari ni salji 90% cair...cuaca pun kurang sejuk agaknya..pakai agak je sebab malas nak keluar..tapi tak tahu lagi sehari, dua ni salji turun ke tidak lagi..sebab winter sampai bulan Mac..kalau cuaca mantain macam ni best juga....dah lama tak ronda-ronda kotaraya...jom kita gi jalan-jalan....bye..wassalam...Sabtu, 15 Januari 2011
Cekur legakan penyakit
Assalamualaikum...hari ni kita bercerita tentang herba pulak...aku abik dari saji online..jom kita tengok sama-sama...Nama botani cekur ialah Kaempferia galanga, dan tergolong dalam famili Zingiberacea. Dalam bahasa Thai, cekur dikenali dengan nama Pro hom.
Herba yang tidak berbatang ini tumbuh melebar di atas tanah. Bentuknya seperti kunyit tetapi berwarna coklat kekuning-kuningan. Tumbuhan bersaiz kecil ini mempunyai daun dalam anggaran dua hingga tujuh helai. Daunnya berbentuk bujur tirus, licin dan tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Bahagian hujung daunnya agak runcing dan saiznya boleh mencapai 15 sentimeter panjang dan 10 sentimeter lebar.
Selain itu, cekur juga mempunyai bunga berwarna putih keunguan. Pada bahagian rizomnya pula terdapat ubi-ubian berbentuk seakan-akan jari. Apa yang istimewanya tentang tumbuhan ini adalah tentang daun dan akarnya yang mempunyai aroma yang unik serta membangkitkan selera.
Dalam perubatan tradisional Melayu, rizom cekur sering digunakan sebagai salah satu ramuan untuk mengubati beberapa jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, muntah, sakit urat dan beberapa penyakit lain. Caranya adalah dengan memakan bahagian rizomnya secara segar. Ada juga yang minum air perahan rizomnya untuk mengatasi penyakit-penyakit tersebut.
Manakala dalam perubatan tradisional Cina, akar rizom cekur yang telah matang dibersihkan untuk diluntur dengan asap sulfan (sulfan atau sulfur trioxide adalah bahan kimia yang bersifat mengakis dan sesuai dijadikan peluntur) selama sehari sebelum dijemur kering. Rizom cekur tersebut kemudiannya digunakan untuk mengatasi masalah sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu di kepala.
Selain itu, perubatan tradisional Cina turut menggunakan bahagian rizom cekur yang segar untuk mengatasi masalah sembelit, sakit kepala dan membuang angin dalam perut.
Di Indonesia, wanita di sana menggunakan rizom cekur sebagai salah satu bahan dalam pembuatan jamu dan tonik. Bagi melegakan selesema, caranya mudah sahaja; pesakit hanya perlu menghidu bau rizomnya.
Di samping itu, daun cekur banyak digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ulam-ulaman. Orang tua-tua berpendapat bahawa daunnya mampu menambah selera makan.
Selain berguna dalam mengubati penyakit tertentu, cekur turut bermanfaat untuk wanita selepas bersalin. Rizom cekur dipercayai dapat menghangatkan bahagian perut, mengurangkan bengkak, kebas otot dan menyembuhkan luka di dalam perut.
Malah amalan meminum air asam jawa bersama campuran cekur sepanjang tempoh berpantang mampu mengempiskan perut.
Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan pula, anda boleh mengambil inisiatif dengan mengamalkan makan cekur bersama kunyit dan pucuk betik. Amalan ini berupaya menambahkan kuantiti susu badan anda.
Info penting
1. Mereka yang ingin mengamalkan pengambilan pokok cekur sebagai sebahagian bahan dalam tonik dan jamu, dinasihatkan supaya merujuk kepada ahli botani yang diiktiraf terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya hal-hal yang tidak diingini.
2. Pesakit dinasihatkan agar menghentikan pengambilan rizom cekur jika berlaku kesan buruk pada kesihatan selepas pengambilan herba ini. Segera dapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
3. Awas! Bagi mereka yang tidak gemar memakan tumbuhan herba, rasa cekur amat pahit.
(Dipetik dari majalah Harmoni)
Khamis, 13 Januari 2011
Genggam diploma pada usia 78
Memang betul la..usia bukan menjadi alasan untuk kita berjaya..itulah yg telah dibuktikan oleh pesara kerajaan Mohammad Hasan 78..yang sanggup mengorbankan waktu lapangnya untuk meneruskan pengajian dipusat berterusan Universiti Malaya...beliau yang mengambil Diploma Eksekutif Kaunseling dan berasal dari Kuala Lumpur ini tidak pernah patah semangat demi memastikan impiannya tercapai...Tahniah diucapkan kepada Encik Mohammad Hasan..terasa bersemangat pulak nak sambung belajar ....berkobar-berkobar ni...hehehe...Rabu, 12 Januari 2011
Kembali Asal
Selasa, 11 Januari 2011
Tahniah Prince dan Princess Of Denmark
Sebenarnya Prince Frederik n Prinsess Mary ni baru dapat bby baru kembar sepasang lak tu...sebelum ni dah ada 2 orang anak satu boy n satu girl...jelesnya aku bila dengar ada orang dapat bby twin..agak2 merasa ke aku dapat anak kembar...kalau ikutkan keturunan aku rasa cousin aku ada anak kembar...kat famili aku tak de la lagi yang dapat anak kembar..mana la tahu tang aku dapat pulak..hehehe...dapat kembar 2 pun jadi la..demand la pulak...apa-apa pun tahniah la diucapkan kepada Prince n Princess Denmark ni...semoga berbahagia bersama anak2 dan mendapat hidayah dari ALLAH SWT...Ameeen..Isnin, 10 Januari 2011
Selamat Pulang Ke Tanahair
Sebelum keluar rumah td ummi siap suruh abik gambar ramai2 dulu sebelum ke Airport..untuk kenangan yang abang Jeff dah sampai umah kita...
Ni pun ummi yang arahkan abik gambar kat sini..layan je la..hari ini ummi bertindak sebagai pengarah merangkap jurufoto....
The Black Geng...hehehe.. jaket semua colour black..standard la colour tu kat sini...tak nampak kotor...
Dalam Metro..ada tak iras2 muka pak sedara n anak sedara ni...cari persamaan diantara mereka berdua....
Hai...termenung je abang Jeff ni...ingat sapa la tu...tgh fikir cam ne nanti kat Amsterdam, transit selama 5 jam nak wat apa la agaknya...shopping la apalagi...hehehe..
Bebudak ni dok kacau abang Jeff yang tadi tgh dok temenung...sempat lagi main teka-teki..dari keluar rumah td sampai ke Metro...manfaatkan masa yang ada dgn abang Jeff...lepas ni tak de sapa dah yang nak melayan karenah anak-anak aku....tengok la si kecik tu sibuk nak bagi Abang Jeff nya teka-teki...tahu ntah tidak apa yg jawapannya..adik pakai cakap je... 
Haa..dah sampai pun Airport Copenhagen...

Ni masa nak drop baggage...tak berat manapun rasanya beg tu...orang bujang katakan..kalau kami mahu 20kg+++...hehehe..biasala ada anak2...
Drop baggage pun dah sudah...check apa yang patut sebelum ke laluan kastam...masa ni dah depat pukul 12.30..fligt mungkin pukul 2.15 petang...elok la terus check in..takut nanti kelab kabut pulak....
Semasa abang Jeff melalui pemeriksaan kastam...sob..sob..sob..sedih la pulok..ni selepas sessi salam bersalaman...muka-muka sedih tak leh tunjuk kat sini....malu tau...insyaallah kita jumpa lagi nanti bulan Mei ... masa aku up date blog ni Jeff dah sampai kat Amsterdam..baru td antar mesej..selamat bershopping kat Amsterdam dan moga selamat sampai ke tanahair ...terima kasih Jeff kerana sudi datang ziarah kami kat sini...tq so much..mange tak..(bak kata orang denmark)..moga jumpa lagi..byyyyyye...wassalam..Ahad, 9 Januari 2011
Malmo 2011
Tengah tengok apa tu abang Jeff..?
Sama tak gaya kakak dan adik dgn orang sebelah tu...?gambar kat central station Malmo yang lama..sekarang dah ada station yang baru...lupa nak abik gambar..lebih canggih dari Copenhagen Central..
Dipersimpanagn jalan di Malmo..yang di penuhi ais ...
Kemana hendak dituju...tengok jalan betul-betul, takut nanti sesat...terlajak perahu boleh diundur,sesat jalan pandai2 la cari jalan pulang..
Sabtu, 8 Januari 2011
Makan kat Kebabish
Hari ni ajak abang Jeff pergi makan kat Kebabish ....ini je la tempat yang mampu kami bawa abang Jeff makan kat luar..punya la lama kami order ..ramai pulak pelanggan masa tu..sampai je makanan terus je makan..nampak sangat la lapornya..hehehe..mahunya tak lapor..ummi masak pagi je..
Tengok tu adik n abang Jeff makan tak tengok kiri kanan dah...sempat baca bismilah ntah tidak...
Abah macam terkezut je kena lensa kamera..makan bah jangan tak makan..tak cukup kita order lagi...
Haaaa..tengok tu tak percaya apa yang aku cakap..memang lapor bebenor..mcm ikan pirana habis licin tinggal sudu,garpu,pinggan,cawan kosong je...Kebabish pun dah tutup lampu..hehehe..bohong la tu..kamera aku yang tak berapa power sebenarnya..makan pun dah sudah moh la kita balik..balik rumah semuanya terbongkang tidur..tak tahu la tidur sbb penat or tidur sbb kekenyangan...okey la mata pun dah rasa nak sleep..kita jumpa lagi ..wassalamRabu, 5 Januari 2011
Jalan-Jalan Copenhagen
Ahad, 2 Januari 2011
Salam Tahun Baru 2011
Cerita awal tahun ni kami pagi2 lagi dah pergi airport sbb nak tunggu seseorang yang nak dtg bercuti ke Denmark..tiga beradik ni sangat teruja nak sambt tetamu ni..bukan senang nak datang sini kan...mak paknya pun sama gak..hehehe...ni sebelum masuk airport gambar dulu dgn gajah yang berwarna-warni ni...ntah datang dari mana pun aku tak tahu...gajah dari thailand mcm ni ke?
Kita datang awal sangat..so kena la tunggu lama sikit...biasa la kalau saat2 mcm ni 10 minit pun mcm lama...kita tunggu ye...
Tiap kali keluar pintu ni orang yang ditunggu tak juga muncul...mana la abang jeff ni...ehh..abang jeff nak datang Denmark ke?gambar kat atas ni bukan abang jeff tau...abang jeff tu anak mak ngah n pak ngah sebelah abah(cousin anak2 aku le)thanks mak ngah n pak ngah izin kan abang jeff datang sini...
Budak kecik ni la paling sibuk bertanya..mana ni abang jeff tak datang2...td masa nak keluar rumah dia juga la sibuk suruh semua orang cepat siap nak cepat pegi airport...macam2 la budak kecik ni....menunggu dgn penuh kesabaran..sempat posing sat...
Berkat kesabaran menunggu...akhirnya orang yang ditunggu pun sudah muncul...haaa itu dia abang jeff...tersenyum abang jeff bila nampak kitaorang...alhamdullillah sampai juga abang jeff ke Denmark...welcome..welcome..
Tersenyum lebar abang jeff..walaupun masa ni dia cakap sakit telinga..(berdesing)masa turun kapal terbang...Mak ngah, pak ngah, abang jeff dah sampai...
La ni tengah sessi menyampaikan salam sume la...tersenyum lebar my hubby bila anak sedara datang bertandang...tak sangka sebenarnya orang jauh datang semata2 nak ziarah kami kat sini...terima kasih ALLAH..KAU yang rancangkan semua ini...tersipu malu anak dara ku itu...okey la orang yang ditunggu pun dah tiba apalagi jom la kita balik...dah lapar ni...






