Sabtu, 9 April 2011

Sabtu di Stroget

Assalamualaikum......


Cuaca sabtu ni memang cantik sangat....so jom la kita gi jejalan kat Stroget...lama pun tak gi kesana..punya la ramai orang ,maklum la memasing nak dapatkan cahaya metari..orang sini memang ini la saat2 yg ditunggu..kalau musim winter adalah musim yg murung..ada kekawan kat sini cerita sampai ada yg bunuh diri sbb tension tak dapat cahaya matahari..



Kebetulan gi Stroget ni ada Lego buat mcm hari terbuka kot..itu la yg aku tahu dr Cik Sara ...bebudak boleh buat design memasing ikut kretif diorang la...tak la mencabar sgt sbb kiubnya(betul ke?) sama je...tapi klu bg kat aku ..tak reti jg nak membuatnya...hehehe...tak nak banyak memceceh jom tgk gambar yg sempat aku abik..

Kat depan pintu masuk disambut dengan model train MAERSK..nak tahu berapa reganya?DKK 999.klu duit mesia korang cari la sendiri..boleh pandang2 jgn pegang2...

Meriahnya bila cahaya matahari bersinar..berjemur sambil minum2..ini bukan mengeteh atau mengopi tapi mengarak(pepandai la korang baca ayat aku ni ye)
Salah satu binaan Lego yg dah siap..tak tahu sapa yg buat..
Pakcik Lego tengah sibuk nak menyiapkan satu lg bangunan..jgn kacau dia nanti dia mare..
Kanak2 yg mengambil bahagian..dibantu juga oleh mak pak nya..
Ahmad n Kakak tak de idea nak buat apa..orang semakin ramai..
Aunty Sara membantu Azlam untuk membina model Masjid kat Denmark..semangat Afiq pun berkobar2 juga nak buat apa tu...
Lego Kakak n Ahmad hampir siap..tak tahu bangunan apa yg diorang buat..
Masjid aunty Sara hampir siap..nanti kita boleh solat key..bestnya kalau ada masjid or surau kat Stroget ni..
Nak juga mencuba bakat terpendam..buat jgn tak buat ..free je..tp tak boleh bawa balik lego tu..
Dah siap tugasan dapat sijil..
Inilah hasilnya tugasan kami...tp bdk kecik(depan) tumpang gelamer je..dia tak buat pun..boring la kat sini katanya...jom la kita jalan2 tempat lain..adik biasa la siapa tak kenal dia..
Syarikat bergabung antara Afiq,Aqilah,Ahmad,Azlam n Atiqah..

Dah sudah wat Lego td ..singgah pulak kat Syarikat Lego ni pulak..budak2 memang suka bab2 lego ni..makpaknya la pulak yg susah nak membayonya..tp hari ni kami tak memborong satu pun lego..hehehe..yg memborong Sara n Zana..tp kami dah janji kat anak2 nanti kita pergi je Legoland..
Sebelum balik sempat lg aku snap gambar orang2 Danish dok melepak kat panas tak berapa terik ni...




Kata hikmah: Orang yang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak yakin (Hamka)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan