Rabu, 6 April 2011

Jalan-jalan hujung minggu

Assalamualaikum....
Alhamdullillah dapat juga nak up-date blog hari ni...memandangkan bulan ni adalah bulan yg agak busy dgn hal-hal berkaitan untuk balik mesia...jd nak tulih blog pun agak terhad..rasanya sume nak buat..nak kemas itu ini..masuk bilik ni bersepah...masuk bilik tu nak packing..masuk dapur nak bungkus n buang..last2 pening dok depan komputer tgk onlinetv.my.....kihkihkih..ada pulak gitu yek...bukan senang sebenarnya nak pindah umah..penat kan?



Okey la sebenarnya nak ceta jalan hujung minggu lepas baru hari ni dapat kongsi..sunday minggu pertama tadi train free..so ambil la peluang pegi Hillerod...lagi2 tgh pokai cam gini memang sesuai ambil kesempatan mcm ni...dah lama nak pegi tempat ni...sebenarnya nak tengok Frederiksborg Castle tp asyik tak de masa je..teman tak sibuk tp... big bos teman yg sibuk...ni kena paksa juga sbb dah nak balik mesia...tempat2 menarik kat denmark ni banyak lg yg tak pegi..kalau ada rezki insyaallah sampai la tu...nanti kita kongsikan kat sini..

Ni kat st train kat Hellerup nak ke Hillerod naik train E..kena tunggu lagi 4 minit..

Dah sampai Hillerod Adik tension sbb tak dapat bg itik makan..tak bawa roti extra..tak tahu kat sini ada tasik n itik..dia marahkan ummi...kenapa ummi tak bawa roti... Dgn muka yg tak berapa ceria jd model berlatarbelakangkan Castle..masa ni dah mula hujan rintik2..so kena masuk Museum la nampaknya sbb hujan..pic dalam Museum nanti kita letak key..
Kat depan castle..kat tempat ni yg ummi nak pergi sangat..tgk kekawan yg dtg sini ambil pic kat sini canteeeek sgt...ni lepas hujan teduh baru keluar ke Park..kita letak sikit je..
Permandangan dari atas..lenguh kaki ku naik kat sini..
Cantik tempat ni..rasa mcm tak nak balik..tapi sbbkan dah penat n memandangkan belum solat lg kenalah balik..sebenarnya kat atas ada lg park..dah tak larat nak jalan..
Ni kat pekan Hillerod..tengok tu diaorang dah jalan dulu..tertinggal ummi kat belakang..jalan perlahan je sbb dah sakit kaki..ni baru Nek Jah,belum lg jadi Nenda...hehehe...
Mesyuarat apa kat tepi jalan ni...berbincang nak balik sekarang ke?jom la abah kita balik dah penat ni... nanti kalau ada kesempatan kita kongsi cerita lg..

Jumaat, 1 April 2011

Ambil Masa

Assalamualaikum..


Ambillah waktu untuk berfikir,

itulah adalah sumber kekuatan.


Ambillah waktu untuk bermain,

itu adalah rahsia dari masa muda.


Ambillah waktu untuk berdoa,

kerana itu adalah sumber ketenangan.


Ambillah waktu untuk belajar,

kerana itu sumber kebijaksanaan.


Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,

kerana itu adalah anugerah dari Tuhan.


Ambillah waktu untuk bersahabat,

kerana itu adalah jalan menuju kebahagian.


Ambillah waktu untuk memberi,

kerana itu membuat hidup terasa bererti.


Ambillah waktu untuk bekerja,

itu adalah nilai keberhasilan.

Khamis, 31 Mac 2011

Masuk kotak

Assalamualaikum... Pejam celik,pejam celik dah akhir bulan mac..bulan mac adalah bulan yg tak aktif tulih blog...ala bukan bulan mac je, bulan-bulan lain pun gitu gak..hehehe..ye la kita ni ikut mood kalau tulih blog ni..bukan mcm orang lain yg hari2 tulih blog..mcmmana orang boleh tulih n isi pepanjang dalan blog..aku pun tak tahu.. Dah mula packing-mempacking..hari tu buang-membuang..dah siap 4 kotak n dah pun dibawa kerumah Puan Zana..terima kasih la kepada En.Hubby ,Cikgu Sham n Dr Kama kerna angkut barang teman tu..hehehe..apa la barang dalam kotak tu yek...terima kasih juga la kpd Puan Zana n Dr Kama krn offer join nak pos barang ke Mesia..klu tak de kawan offer rasanya teman tak pos apa2 pun barang balik mesia...sbb nak pos kat sini mahe bebeno..nak wat mcmmana dok tempat orang kaya-kaya...hehehe..kaya pada yang bekerja.. Jumpa lagi kita nanti bulan april...agak2 rajin ke tidak bulan april ni up-date blog..hehehe..

Rabu, 30 Mac 2011

Hati dan Amal

Assalamualaikum... Hari ni nak kongsi sedikit tentang hadis dan falsafah yang aku baca kat majalah NUR keluaran bulan julai..lagi pun tak de apa nak letak kat blog nikan...
Allah memberi kita otak untukberfikir,mata untuk melihat,mulut untuk berbicara, dan kaki untuk berjalan....tetapi kadangkala kita sebagai manusia selalu menyalahgunakannya..


Mereka memiliki otak hanya untuk fikiran yg tidak berfaedah,mata untuk melihat perkara yg maksiat,menggunakan mulut hanya untuk berbicara perkara yg kotor,menggunakan kaki menuju ketempat yg dilarang oleh Allah..


Kadangkala manusia jarang bersyukur dengan apa yang telah dimiliki...mereka selalu merasa kekurangan...


Allah yang Maha sempurna telah memberikan kita pelbagai nikmat..dan kita sebagai hambanya mestilah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan...dan hendaklah kita berbuat kerja2 yang diredhai-Nya...
Mungkin ada baiknya kita hayati hadis ini..daripada Abu Hurairah,sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud ''Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa paras dan harta bendamu tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu''.(Riwayat Muslim)

Khamis, 24 Mac 2011

Operasi buang membuang

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni cuaca cantik sangat..langit biru cahaya matahari besino-sino....tapi angin agak kuat bertiup..kena hati-hati bila berjalan takut melayang pulak...
Nak ceta semalam gotong royong mengeluarkan barang yg tak di pakai untuk dibuang..memasing nak tolong abah keluarkan sampah tu...tgk n lihat sendiri dua beradik tu..operasi buang membuang dah bermula..ni baru sebahagian yang perlu dibuang...ada lg kat atas rumah tu ..tunggu giliran je untuk dibuang..nanti operasi packing mempacking pulak..mengemas belum lagi...sikit2 pun bila dah dikumpul banyak juga rupanya reta benda kat rumah ni..maklum la dah 3 tahun 6 bulan dok sini...nasib baik tak jadi bukit lg...

menejer tgh tgk apa lagi yang nak diletak kat situ...cukup agaknya untuk minggu ni...yg lain minggu depan...so tiap-tiap minggu ada je sampah kat tepi jalan umah kami ni...sampah mcm ni diaorang kutip setiap hari khamis..untuk sisa makanan setiap hari selasa...so kena asingkan ...mungkin sampah yang mcm ni boleh recycle...pepandai la dema buang sampah tu..yg teman tahu sekarang ni nak clearkan rumah secepat mungkin..heeeee..dah tak sabo le pulak nak balik mesia ni..bila dah mula mengemas n mempacking ni...terbayang je kampung halaman ku...ok la nanti kita ceta lagi je..bebye..

Rabu, 23 Mac 2011

Cerita dah lama..

Assalamualaikum..

Lamanya tak isi blog...asyik baca blog orang lain je..blog sendiri tak berisi..kan hari tu dah cakap skrg ni mood ada tak baik sikit so pepaham je la..cerita tu ada cuma maleh nak ngisi je kat blog ni..nanti klu dah mula menulis tak leh orang kacau..leceh kalau baru nak isi blog je..ada je yg nak itu..ini..(alasan je tu)

Rasanya ceta kat bawah ni aku tak isi lg kat blog..klu dah tersiar mohon maaf la ye..anggap la siaran ulangan..kihkihkih...ada pulak gitu ye..apa-apa la cik jah ooi..

TFC kat Norrebro
ni model tak berbayar untuk promote TFC..

Jom kita makan..ni hidangan pertama sebelum order untuk yg kedua..sbb yg ni tak cukup untuk kitaorang yg 5 orang ni..sedap juga menu yg ada kat sini..berbaloi la kata orang..asyik KFC je..sesekali kita tukar pulak ke TFC..cuba la kalau nak tahu ok ke tidak..
Ni hidangan yg kedua baru sampai..nasib baik tak order untuk kali ke 3..mahu pening waiter tu dibuatnya..jom moh kita balik ....